.Alat Muzik Tertua Dunia.
Seseorang selalu mempersoalkan perbezaan tentang GAMBUS & OUD..
GAMBUS+berbeza,OUD+berbeza,IRAMA+berbeza,
akan TETAPI sudah kebiasaan orang2 di malaysia memanggil oud itu
gambus..klu dari keseluruh umum kita di malaysia 'mereka tidak tahu apa
itu OUD..? jadi disini sudah sinonimnya di tetapkan OUD itu sebangai
GAMBUS dalam bahasa Melayunya.klu nak di ikutkan oud dalam bahasa arab
adalah KAYU.. kayu Gaharu juga di panggil OUD..dari singkatan oud pon
orang barat buat dalam bahasa dia..OUD hingga bertukar kepada
WOOD..Seperti Alat KOMPUTER juga MOUSE..ianya seperti tikus jadi mereka
meletakan namanya TIKUS(mouse).seperti itu juga dengan alat muzik
OUD.tiada nama baginya.dan mereka letakan namanya sebangai KAYU(oud).klu
ade kesilapan harap perbetulkan apa yg saya sampaikan.InsyaAllah sama2
kita berkongsi apa ilmu yg kita ada..
oud berasal 4
tali saja pada zaman mulanya di cipta dan di ubah oleh
pengiat2nya..sehingga sampai ke sahabat Rasulullah saw Abdullah bin
al-Zubir & Imam Al-Haramain Al-Juwaini merupakan salah seorang Guru
Imam Al-Ghazali dan Imam Al-Qusyairi semasa itu oud bertali 5..Imam
Haramain di dalam kitab al Nihayah dan Ibnu Abu al Dunya telah
menyatakan: Para sejarawan telah menukilkan bahawa Abdullah Ibn al
Zubair memiliki beberapa orang hamba yang pandai bermain oud, dan Ibnu
Umar pernah ke rumah beliau serta mendapati al‘ud (sejenis alat bertali )
terdapat di sisinya. Ibnu Umar berkata: Apakah ini wahai sahabat
Rasulullah?. Abdullah Ibn al Zubair pun memberikannya kepada Ibnu Umar
untuk dilihatnya. Ibnu Umar menelitinya dan berkata: Apakah ini ?
Abdullah Ibn al Zubair berkata: Oh ya,barang kali timbangan dari negeri
syam & diukur akal manusia.(ayat kias darinya)..kisah ni masih saya
mencari..dan di sertai dgn zaman Al Kindi & AL FARABI, Al-Farabi
merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya.
Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu
Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam
wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). ia megkaji sehingga 8
tali..jadi 8tali dah lama berkurun ada sejak zaman2 khalifah lagi..yg
kite zaman skg tahu 7aje tu pon dah hebat.hehe.walhal org arab dah main 8
tali sekian lama dah..Sejarah Oud menurut Al-Farabi diciptakan oleh
nabi Lamik,jenarasi cucu keenam Nabi Adam a.s ade sesetengah mengatakan
jenarasi ke tujuh..Bahawa nabi Lamik terlalu sedih karena melihat anak
kesayangannya yang mati tergantung di sebatang pohon.Dari situ Oud
pertama terinspirasi oleh bentuk kerangka tulang belakang anaknya
tersebut.
Mengenai tentang Gambus pula..GAMBUS itu
singkatan dari QANBUS klu dari timur tengah.Ade yg QANBUS tu sesetengah
di INDONESIA memanggil sebagai IRAMA.ade pendapat lain juga memberi tahu
di TURKI ade memanggil QANBUS itu sebuah lagu @ puisi @ alat muzik dan
di YAMEN pula memanggil QANBUS itu sebuah alat muzik bertali tetapi
berbeza dgn OUD ia kecil daripada oud..jadi kita tidak tahu mana
satu..yg sebenarnya OUD adalah ternyata Benar..pasal panggilan GAMBUS tu
mmg alat muzik klu di malaysia memangilnya..sudah sinonim..kemungkinan
pemahaman Sebutan semasa itu tersalah Qanbus menjadi Gambus hingga ke
hari ini..atau ada sebab musabab lain.saya juga masih mencari dan
mengkaji hal ini..
Oud merupakan asas utama kepada
instrument bertali dan telah wujud ribuan tahun yang lalu.oud menjadi
pendorong kepada penciptaan instrumen seperti balalaika,mandolin,lute,
saz , banglama,gitar dan lain-lain lagi. Pendek kata,ia Father of All
Instruments. Cendekiawan Islam seperti Al Kindi dan Al Farabi (Kitab Al
Musiqa) juga banyak menulis tentang ilmu muzik dan oud dan mengembangkan
seni permainannnya.Malah oud juga yang menjadi ilham kepada gitar
flamenco.Hasil daripada penguasaan zaman Thariq bin Ziyad kerajaan Islam
Andalusia di Sepanyol selama 700 tahun. Banyak pemuzik islam membawa
skala-skala (maqamat) Arab yang telah mewarnai irama flamenco.Ada
sesetengah mengatakan maqamat ini terhasil dari nyanyian dan ciptaan
dari nabi Daud a.s. Mengenai Flamenco juga dikatakan daripada bahasa
Arab – fellah mengu - yang bermasud pengembara desa. Skala-skala Arab
ini dikembangkan oleh Ziryab yang berhijrah daripada istana Baghdad ke
Cordoba dan mengasaskan sekolah muzik pertama di Eropah. Ada satu lagu
daripada pemuzik Flamenco terkenal, Paco de Lucia yang bertajuk Ziryab.
Sumbangan muzik Arab dan oud agak besar kepada muzik moden sekarang.
Semasa perang salib, tentera Salib juga membawa pulang alat muzik orang
Islam dan diadaptasi menjadi instrument mereka – oud menjadi lute.
Bezanya oud tiada fret tetapi lute ada fret.Oud merupakan instrumen
senar berbentuk saperti buah pir umum digunakan di dalam musik Timur
Tengah dan Afrika Utara. Oud mudah dibedakan, yaitu tanpa frets dan neck
yang pendek.
Ada pula catatan bergambar Oud tertua
berusia lebih dari 5000 tahun yang lalu (disimpan di Museum Inggris)
berasal dari periode Uruk di Selatan Mesopotamia (sekarang kota
Nasiriyah) menggambarkan seorang perempuan meringkuk dengan instrumennya
pada perahu, bermain dengan tangan kanan. Instrumen ini muncul
berkali-kali sepanjang sejarah Mesopotamia dan lagi di Mesir kuno dari
dinasti ke-18Alat musik ini telah menjadi bagian instrument musik dari
masing-masing peradaban kuno yang telah ada di Mediterania dan Timur
Tengah, termasuk Sumeria, Akkadians, Persia, Kurdi, Babilonia, Assyria,
Armenia, Yahudi, Yunani , Mesir, dan Roma.
Oud sekarang
benar-benar berbeza dari prototipe tuanya, Oud Turki berbeda dari Oud
Arab dalam gaya bermain dan bentuk. Oud Turki berasal dari modifikasi
Oud Arab. Perkembangannya terkait oleh Manolis Venios, seorang pemain
Oud Yunani terkenal yang tinggal di Istanbul pada akhir abad 19 dan awal
ke-20. Musisi Yunani dan Armenia menggunakan sistem nada Oud Turki.
Oud
juga memiliki kisah panjang di Irak, dikatakan bahwa dalam musik itu
terletak jiwa negara. Seorang ahli hukum Baghdad abad ke-9 berbicara
tentang kekuatan dari alat musik, dan penulis abad ke-19 Muhammad Shihab
al-Din mengatakan bahwa "tempatnya emosi dalam keseimbangan" dan
"menenangkan dan menyegarkan hati." Setelah invasi Irak dan tergulingnya
rezim sekuler Saddam di tahun 2003, meningkatnya semangat militan Islam
yang menganggap musik menjadi haram (dilarang) memaksa banyak pemain
dan pengajar Oud bersembunyi atau mengasingkan diri.Ada sesetengah ulama
mengatakan muzik itu seperti mulut,jika penyampaian baik, maka baiklah
jadinya..jika penyampaian buruk, maka buruklah jadinya.. :)
fikir-fikirkan semua di tangan anda.. salam beramal..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar